Thursday, December 16, 2010

semenjak dua menjak ni aku tersangatttttlaaaa....... addicted dengan roti sambal bilis ni.


Roti pojaannnn hatiku dikala ini

Pagi tadi brekpas aku makan dia dan lunch tadi pun aku masih makan roti ni lagi.

Ntah dadah apala yang kompeni gardenia dah boh masa dok adun adunan dia.

Rasa tekstur dia yang lembuttttt sesangat, sambal bilis yang pedas pedas manja, rasa cam sesuai

ja untuk dilalui di rongga trakea aku hinggala sampai ke perut aku.

Nampaknya dengan dua kali lafaz Bismillah aku dah habiskan dua bijik bun sambal bilis ni.

Satu pagi tadi dan satu lagi tengah hari.

Agak2 malam nanti pun nak dinner ngan bun ni jugakla.




Wednesday, December 15, 2010

USIAAAA, HANYA PADA ANGKA......

Wah tajuk cam geli ketiak ja kan…bkn geli mattt…mattt…mattt… tau.
Mak suka nyahhh…bila ada dua tiga orang hamba Allah telah membuat pengakuan ikhlasssss jauh dari sudut dasar hati mereka ok…

Mengatakann…
.
.
.

Mengatakannnn…
.
.
.

Aku nampak mudaaaaaaaaa….. dari usia sebenar uolsss…wahhhh tetiba rasa cam kembang plak lobang idong aku… ahakss..ahakss that’s the way ahaks..ahakss….I like it….ahaks….ahaksss….(sila sediakan plastic beg untuk memuntahkan segala isi perut anda, yaaa... mana tau kot kot tak dan nak berlari-lari anak ke toilet).

Sungguh weiii…aku tak tipu..Depa semua tu katakannnn…kalau aku tak habaq umoq aku depa dok ingat aku dalam lingkungan 20-an gitu…wallawei mudaaaa….sedangkan hakikatnya aku dah 30-an. Ngahhhh….ngahhhh…ngahhhh…..termengah-mengah….
Bila dah nampak muda haruslah depa kata aku nampak cam tak kahwin lagi....ahaks…ahaksss…that’s the way ahaks..ahaksss….i like ittttt….ahaksss….ahaksss…(sila sedia beg pelestik lagi ok untuk tadahan muntah sendiri apabila tetiba rasa loya).

Aku adalah nazak

Nazak +senak bila hidup adalah tidak berWANG.


Adoooiiiiii.... ai awat la lambat lagi tarikh nak dapat gaji ni hah...

Time nak tunggu duit masuk rasa punyaaaaa laaa... lambat...


Tapiiiii....bab nak perabih duit yang dah masuk akaun tu huh...x sampai 2 hari boleh rapat


Jangan plak bila dah aku kata aku nazak tetibaaaaaa….


Ada plak yang mai dok seblah aku sambil baca surah Yassinnnnnn (tarik kasi cukupppp dia punya harakat)


Time tu dan dan aku rasa cam nak transformed…..

Notakakiaya :. Ada yang sudi nak hulurkan bantuan, anda boleh menghulurkan bantuan pada akaun MAYBANK……ahaksss...ahakkksss...that's the wayyyy...ahaksss...ahakksss....i likeeee it.....ahaksss....ahakkssss...

Sunday, July 25, 2010

Tosai punya hal

Beristirehat sambil mengadakan sesi soal jawab ngan Imran


'Abang, what is ur name?'.

'Imran'.


'Emm...good boy.How old r u?'.


'Three'. sambil menunjukkan tiga jarinya.

Aku bermonolog dalam hati.. gaya iklan Ako Mustapha....emmm pandainyeeeeerr.



'Imran, can u give me a hug,'? pantas Imran mai peluk aku. Sesi soal jawab masih diteruskan.


'What is ur fav drink'?.


'Ribena". ya memang betul ayaq tu la yang dia hari2 dok pulun masa kat umah.


'what is ur fav food?'.

'Tosaiiiii' jawap dia ngan penuh semangat.

Aku Parkinson ok...cuba bayangkan pagi, petang , malam asyik tosai yang dibedalnya, tak muntah ka.


Kelmarin pagi kami sekelorga breakfast kat Kapitan Perda, Imran kata kedai kawan dia. Anak aku tu suma kedai yang jual tosai dia kata kedai kawan dia. Cam biasa time amik order tu tampa pikir panjang mahupun pendek Imran terus mintak tosei ngan teh panas.


Tetiba Bhai yang amik order tu mai kat meja kami kata tosai tak dak. Aku bagi penerangan kat Imran, Bhai tu pun cuba bagi penerangan dengan ayat, 'Tosai tarak bhaiya', Eh bila masa anak aku jadik adik or abang hang hah. Tapi Imran,bolehhhhh....sambil tarik tangan aku dia kata, 'jom..jom..jomla kita pi kedai lain cari tosai'.


Jenuh gak la dok pulun Imran. Aku suggested kat dia soh amik capati dia takmau. Last2 yessss!!!! aku berjaya, dia tukaq amik capati. At the end habissss ok capati sekeping.









Hasil kreativiti Imran


www.barneythedinosaur.com/Barney-Group.jpg
Tetiba anak2 buah barney telah membuat sesuatu yang amat menarik perhatian Imran. Imran teruja dia memulakan sesi soal jawab yang ditangguhkan tadi. Aku terpana dalam usaha mencari jawapan yang mungkin difahami oleh kanak2 seusia tiga tahun.




'Ehh...ummi dia buat apa tu?'


'Ohhh...dia buat kad kat mak dia,' aku menipu sedangkan anak2 omputih dalam barney tu buat bendera.




'Abang pun nak buat kad kat ummi'.




Sambil menaikkan kening ala2 kak Ziana, 'Abang tau ka buat kad'?.


'Ha...taula...tapiiiii macam maneeee'? klasskan anak aku, beranak kat Penang, dok Penang tapi slang Kolompo gitu.


'Awat plak abang kata macam mana'? aku pelik tadi beria ria kata tau, la ni dah jadi macam mana plak. ' Macam mana apa abang, macam2 aznil ka'?.


'Bukan macam2 ajenil laaaaa.....macam mana abang nak buat, barang tak dak'.


Ohhh...ok...ok ...aku paham dia nak material la nak buat kad kat aku. Aku suka, aku bangga bercampur kembang...yaaa...lobang idungku aku kembangkan seluas mungkin untuk menghirup udara pagi sambil membuat congakkan untuk membeli material itu.


Malam tu jugak aku pi DIY Jusco Perda beli material yang dimintak oleh Imran dan hasilnya adalahhhhh ....taraaaa.....





Hasil dari kadbod dan sticker. Imran main lekat ja mana dia suka.
Perkataan ummi ditulis hasil dari bantuan aku memengang tangannya untuk menulis.



Nota kakiayam: Aku tanya Imran, awat tak buat kat abah dia dan jawapannya, BARANG TAK DAK CAM MANE ABANG NAK BUAT. Ya memang tak dak barang aku just beli sticker untuk aku ja muahahhaaa...so selfishkan...Eh...tidak bukan aku yang menjual ikan itu.....















Thursday, July 22, 2010

Aku benci tau


Aku cukup menyampah plus bengang kalau orang suka sangat datang serbu tak pakai helmet dok judge aku berdasarkan warna kulit. Boleh tak hangpa jangan tengok, ohhh, kawan tu putih melepak, mata sepek, rambut lurus selurus teknik rebonding, dah cop kata dia cina. Tak semua cina itu putih melepak dan bermata sepek ok, jepun , siam pun ada yang mata sepek.


Macam aku, memang la aku ni berkulit ala2 'Berarak mendung kelabuuuuu', amik sekali aku tersampuk abang David plak terima kaseyyyyy. Tapi, 'Bukan ku pinta lahirrrrr ke duniaaaa...' untuk berkulit mendung, harap faham.


Dan hidup aku ni tidak putus2 dengan rentetan peristiwa yang menjurus ke arah Apartheid. Mentang2 aku ni kulit ala2 Tyra Banks, ohhh tetap tak nak kalah ok, senang2 ja orang nak cop yang aku ni Geng Mamaks, itupun sebab aku ala wanita muslimah yang bertudung litup, cuba kalau aku free hair mesti orang akan kata aku yenna kan.


Ahhhh...malas crita panjang2, saksikan perbualan tersebut. Lokasi ruang kantorku semasa aku sedang melintasi satu ruang yang dipenuhi buku pelbagai bahasa.


Pegawai Baru: Aaa..tumpang tanya, sibuk tak?

Eh.. apa hang ingat aku dok ke hulu ke hilir ni dok berjogging ka.

Aku: Aahh..sibuk gak, kenapa hah?

Pegawai Baru : Emmm...tau baca tamil tak?


Time2 tu aku rasa macam nak bagi penampaq patplohpat kali sekali pakej penendang gaban kat dia. Dengan muka yang ala2 sentap aku menjawab, 'Eh....cakap tamil pun saya tak reti nak suruh baca plak'.


Tapi aku syak pegawai tu buta tak pun kes rabun tahap peringkat paling kritikal sebab nak kata kat opis aku tak dak spesis yenna, tak pulak kat opis aku memang ada yenna tapi yang aku paling marah, awat aku yang jadi sasaran? Apakah kerana aku sekulit dengan yenna ataupun geng mamaks? Weyyy yenna ngan mamaks pun ada gak yang putih la.

Maybe setengah orang ingat aku perasan, tak nak mengaku diri tu mamak. Wei gila apa dah kalau aku bukan mamak tetiba nak mengaku mamak. Kita perlu bangga dengan keturunan kita ok tapi kalau dah aku bukan keturunan tu camna aku nak bangga and mengaku mamak.

Pak aku keturunan Arab mak aku pure melayu ok, tapi salahkah mak yang mengandungkan aku sembilan bulan seploh hari tetiba kluaq kulit cam Tyra Banks, idung tinggi cam Aishwarya Rai. Tapi aku suspek la kalau aku jadi supermodel cam Tyra Banks musti mak aku banggakan. Tinggi? ada 170 lagi tauuuu. Kurus? Ya..ya..ya...la ni dah kurus but not to ideal weight, tapi agak muat la dari 81kg berat aku jatuh merudum bak bursa saham zaman gawat dulu ke 63kg la ni. Mak akan usaha nyah hingga ke titisan hingus terakhir untuk capai berat ideal mak 55kg.

Tapi penangan berkulit Tyra Banks sekali pakej idung Aishwarya Rai aku tetap dicop mamak oleh insan kamil yang bernama manusia. Kesiannya aku...Oh dengarlah rintihan ku ini. Aku pernah berlakon menjadi orang bisu ok gara2 sorang amma yenna tu mai dok speaking speakang bahsa Padaiyappa ngan aku. Kejadian berlaku dizaman jahiliah aku, masa aku free hair gitu.

Sebaik saja amma yenna tu menghabiskan perbahasan terakhirnya, aku yang pada masa tu tengah bengang plus sentap terus pula menjawab perbahasannya, 'uuu....aaaa...laaloo..yyeee..auk..' sekali pakej dengan pergerakan tangan bagi memantapkan lagi lakonan aku sebagai orang bisu. Aku puas tengok muka amma yenna yang blur. Aku sentap dia pun sentap.

Pelik la aku, Pakcik Nelson Mandela berjuang bermatian berhubung dengan Dasar Apartheid tapi apa jadi ngan aku kat sini?, atau haruskan aku menyambung perjuangan pakcik Nelson ni?.


Aku amat terlalu marahhhh...incik suami gelakkan aku pasal kes ni. Huh dia pun sama gak dengan orang2 diluar sana yang suka suki memperkotak katikkan warna kulit aku..isk..iskkk..sob ..sobri....pakcik nelson dimanakah dikau????




Thursday, July 15, 2010

Helmet Vs Kopiah

Tengahari tadi incik suami telah membuat satu panggilan suam-suam kuku ke ofis aku. Sebab aku namakan ia panggilan suam-suam kuku, kerana ia bukanlah panggilan hangit yang dikendalikan oleh HOT FM. Saksikan ringkasan daripada perbualan sepasang suami isteri tersebut.





" Umi amik keta pi ofis, dah tu abah nak pi semayang Jumaat camna tak dak transport".

"" Ala abah tumpangla member abah. Bukan tak pernah tumpang pun sebelum-sebelum ni masa umi guna keta hari Jumaat".
"Mana ada helmet....Hah!!! takpa ahh...nanti abah pinjam helmet Midah la".
"Ok la tu, apa kata abah bawa sekali helmet tu untuk semayang Jumaat gantikan kopiah".
"Kuang ajaaaaqqqqqq".
Tetiba donia ini aku rasakan gelap gulita bahana penangan penampor nippon dari incik suami.
Oh aku tipu ok mana boleh penampaq kat telifon.

Lagi perbualan bersama incik suami semasa membonceng motor selepas membeli dan blah dari pasar malam. Biasalakan dah nama pun pasar mana nak ada aircond segala harus panaskan. Nyah...mak panas nyah, aircond plissss..

Barang hasil borongan dari pasar malam dilonggokkan ke dalam raga motor. Aksi lompatan kucing hitam dibuat bagi mengambil posisi di belakang incik suami.



"Ehhh... bang bukak aircond bleh....bukak aircond? panas menggelegak laaa.."
"Ehhhhhhhh.....ku terajangggg haaaaaa...'



Gurauan manja yang aku dambakan akhirnya jawapan kasaq yang aku dapat.
Sentap ok.