" Umi amik keta pi ofis, dah tu abah nak pi semayang Jumaat camna tak dak transport".
"" Ala abah tumpangla member abah. Bukan tak pernah tumpang pun sebelum-sebelum ni masa umi guna keta hari Jumaat".
"Mana ada helmet....Hah!!! takpa ahh...nanti abah pinjam helmet Midah la".
"Ok la tu, apa kata abah bawa sekali helmet tu untuk semayang Jumaat gantikan kopiah".
"Kuang ajaaaaqqqqqq".
Tetiba donia ini aku rasakan gelap gulita bahana penangan penampor nippon dari incik suami.
Oh aku tipu ok mana boleh penampaq kat telifon.
Lagi perbualan bersama incik suami semasa membonceng motor selepas membeli dan blah dari pasar malam. Biasalakan dah nama pun pasar mana nak ada aircond segala harus panaskan. Nyah...mak panas nyah, aircond plissss..
Barang hasil borongan dari pasar malam dilonggokkan ke dalam raga motor. Aksi lompatan kucing hitam dibuat bagi mengambil posisi di belakang incik suami.
"Ehhh... bang bukak aircond bleh....bukak aircond? panas menggelegak laaa.."
"Ehhhhhhhh.....ku terajangggg haaaaaa...'
Gurauan manja yang aku dambakan akhirnya jawapan kasaq yang aku dapat.
Sentap ok.
No comments:
Post a Comment