Tuesday, June 29, 2010

Hari malang plus bangang :(

Hari ni merupakan hari takut plus hari cuak aku ok. Maunya tak takut dan cuak purse aku tertinggal kat rumah dan ketakutan itu semakin menguasai aku apabila segala benda penting as ic aku, driving lesen aku termasukla pitih aku suma tertinggal. Dan ketakutan itu menjadi bertambah berganda-ganda umpama subjek matematik punca kuasa apabila hari ini aku yang drived ke opis....Wooooo....wooooo....isk...iskkk..iskkkk...sob...sob...sob...mintak simpangla jangan la jumpa sarjan misai melintang. Memang bangang plus bengang ok.
Lumrah dan fitrah manusia ok bila kita tak tahu yang kita memang terlupa nak buat or bawak something, kita tidak akan terasa takut. Macam kes aku pagi tadi siap hantar Incik suami ke ofis dia lagi tapi masa keluaq dari rumah dia la yang drive aku sekadar co-pilot ja. Sebaik sampai kat ofis dia stereng terus bertukar tangan aku yang tadi sekadar co-pilot, terus dilantik menjadi driver.
Ok aku pasrah, hasil dari jelingan manja aku kat dashboard, APAAAAA!!!!!dah pukul 7.45 pagi?
Gila ok aku masuk kul 8. Nak drift ala2 kat litar sepang? No...no..no...itu bukan aku ok.
Aku merupakan seorang pemandu yang berhemah. Kenapa aku berhemah? Sebab aku pun masih lagi junior dalam dunia drift lesen masih panas lagi ok walaupun usia aku dah agak2 suam kuku.
Rileks la....hati kecilku berkata, sampai di ofis, haaa.....8.03 minit, amik hang kan dah lambattttt syabas inspector sahab, hati kecilku masih lagi berkata-kata sementara tindakan refleks tanganku pula menepuk nepuk bahu. Bangangkan dah lambat masih dapat pujian lagi.
Tetiba otak aku mengarahkan aku untuk membuka handbag aku. Nahhhhh....korek2, carik2 kompom dan tidak syak lagi purse tertinggal. Maka bermulala adegan gelabah bewak, beruk semua ada. Dan pada ketika dan saat ini aku tengah berfikir camna nak drive ke ofis Incik suami. Weiiiii....sesungguhnya aku takutttttt....tulonggggggg....kang ada yang jadi jaga kat ofis aku ni hah.
Nota kaki ayam: Mintak-mintakla aku selamat sampai ke ofis Incik suami dengan jayanya. Tau tak apa perasaan bila ic dan lesen tak dak kat kita? Aku rasa cam umpama aku jalan tanpa berbaju ok... serius takut, risau. Tetiba perut rasa senak cam ada busut anai2 or semut dok merayap.
**

Mandi

Kejadian ni berlaku lebih kurang 2 bulan lepas. Serius sangatkah sampai guna word 'kejadian'? Ooo nehi..nehi idak la serius pasal mandi punya kes ja. Aku macam biasa kalau buah hati pengarang jantung aku nak mandi mesti aku yang mandikan.
Aku memang 110 persen memang tak caya la nak bagi dia mandi sendiri ok. Pada firasat aku serta hasil dari pendapatan aku yang tak seberapa, budak umuq 3 tahun adalah masih tidak sesuai lagi untuk dibiarkan mandi sendirian dalam bilik ayaq ok. Itu pendapat aku so aku punya suka la kan tapi bagi orang lain aku tal pasti la sama pendapat atau tak.
Selalunya rutin mandi manda sambil bermain buih sabun ni akan tergalas dibahu aku la, incik suami hanya akan menanggung kerja tersebut jika aku busy ngan tugasan lain. Wow!!! ayat busy yang tak leh tahan tu.
Anak aku, Imran punya perangai plak kalau mandi kompom bukak semua apa yang ada, kira ala2 free show gitu. Tapi aku sikit pun tak tergugat, gila apa nak tergugatkan lain la kalu Incik suami yang ala2 free show, tapi tak dinafikan kerap jugalah aku disogok dengan adengan2 free show dari Incik suami, tapi....huh idoknya heran aku.Miahahaha.
Dey! apala punya panjang introkan? Satu hari masa Incik suami tengah bercanda di 'sabun di bilik mandi sabunnnnn', aku pun terus suruh dia mandikan Imran sekali. Imran macam biasa terus bukak baju tak sempat bukak seluaq terus masuk bilik ayaq yang mana pada masa tu Incik suami tengah berposing dengan seluaq keciknya sambil menanti keberangkatan Imran ke dalam bilik ayaq.
Masuk ja Imran dalam bilik ayaq terus Incik suami mandikan dia, tak sempat2 budak tu nak bukak seluaq habis basah. Apalagi tindakan refleks dari Imran auto sentap plus terkezut ok. Maybe dia rasa berat kot badan dia maklumla selalu ala2 telanjang bulat tetiba basah dlam keadaan berseluaq.
Imran marah Incik suami, biasala budak2 punya marahkan. "AAyyy abah tak mau la seluaq abang basahla", sambil meronta -ronta manja. Camna la ghupenya meronta manjakan. Imran kata mana boleh mandi pakai seluaq dia suruh Incik suami tunggu dia bukak seluaq dulu baru boleh sambung mandikan dia.
Bila dia dah bukak seluaq tetiba, "eh abah cipatla bukak seluaq abah nanti basahla", boleh ayat tu yang keluaq dari mulut dia. Incik suami jawab, "mana boleh abang, abah kena pakai seluaqla".Yang bestnya Imran still dok pulun suruh Incik suami bukak jugak seluaq dia. Aku dah bantai gelak , pepandai hang la Incik suami nak kasi alasan paling munasabah dan di terima akai budak umuq 3 tahun.
Yang Imran pun satu asal mandi gerenti nak bukak semua konon2 nanti basah habis baju ngan seluaq, apa ingat aku basah baju dia tak guna ayaq kot, dry cleaning ka?
Motif aku nak dry cleaning baju harian, nampak sangatkan kurang waras.
Nampaknya bila Imran dah sampai satu tahap umuq yang aku rasa wajib untuk dia mandi bertutup, aku akan terangkan dekat dia secara berhemah. La ni tak pa aku bagi dia enjoyce dulu.

Sunday, June 27, 2010

Incik Suamiku Kemalangan







Kesiannnn....eh apa dah jadi ni? Kesiannnn...memang kesian kat incik suami pagi tadi lepas hantar aku ke ofis, semasa dia on da way ke ofis dia plak, dia telah kecepuk, kecepap, kedegangggggg....berlaga dengan kereta kat dalam USM.

Patutla pagi tadi aku rasa cam tak sedap hati ja, hati aku dah tak rasa cam sesedap tomyam pak hussain kat Sg.Ara mahupun sesedap ayam tandori kat restoran mamaks kapitan. Rupa-rupanya dapat news incik suami eksiden.


Aku lepas dapat tau berita yang tak berapa nak best tu memula panik gak...sapa tak sayang laki ooiii...lepas aku soal siasat incik suami ala2 inspektor sahab berhubung dengan kondisi serta keadaan dia, aku mula agak cool down sikit.

Tapi aku macam biasa tetaplah tak puas hati selagi tak tengok dengan mata kepala aku sendiri keadaan dia, so apalagi aku pun zasss, isi form cuti terus balik. Nasib baiklah incik suami tak teruk sangat. Tapi teruk tak teruk pun kepala lutut berplaster gak la dah tu siap dengan pakej bengkak lagi. Tangan kanan bahagian tapak dengan lengan pun luka gak .


Haruslah esok aku bergerak secara solo ke ofis. Malasnya nak drive tapi tak apala tak kan la aku pun sibuk nak ikut bercuti-cuti Malaysia cam incik suami aku kot, tu dah kira agak melampaukan.


Hope my incik suami will recoverd soon.




Nota kaki ayam:

Nampaknya aku pun kena cuti2 Malaysia la...maklumla lutut incik suami cedera















Handphone Baru

Seronok woo bila dapat beli hp baru dan keseronokan berganda bila yang beli tu mr mama aku, keseronokan menjadi berlipat kali ganda bila hp baru tu adalah dari spesis blueberry muahahaha...muahahhaaa...gelak sambil bergolek dan berguling akibat terlampau seronok.
TERIMA KASIH ABANG.

Thursday, June 10, 2010

Sentap



Sentap aku pagi tadi dengaq iklan NANO WHITE. Motif nak sentap? Boleh iklan tu kata anda akan gembira selepas guna nano happy kerana kulit anda semakin cerah. lebih kurang camtu la ayat dia lepas di translate (iklan dalam BI ).


Bangsat!!! aku guna tau menatang nano tu tapi aku tak happy pun cam yang iklan tu war warkan ...huh muka aku tetap maintan berarak mendung kelabu tau. IBAB sungguh.


Aku penah kata kat Mr Mama aku (laki aku la) kalu nano white ni kasik magic kat muka aku yg berarak mendung kelabu ni kompom pasni aku lumoq satu badan plak kasi. Baru magic betul ala- ala Dayang Senandungkan dari mendung terus ke cerah.


Tapi Happy yang aku cari sentap yang aku dapat. Samdol sangat.



























Tak Paham Bahasa

Sejak wujudnya facebook ni pakat ramai-ramai dok pulun nak sign up tak kecuali jugak la aku.
Aku ni plak pesyen perangai pelik skit, bukanlah pelik tahap alien. Perangai merangkap penyakit pelik aku ni adalah:-

Aku malas dan tak suka nak accept orang yang aku tak pernah cakap dan rapat masa zaman sekolah dolu-dolu. Ada yang sampai kat pat lima kali dok pulun add aku sedangkan aku pulak dengan penuh gigih dan tawaduk dok pulun ignore depa. Wei...hangpa tak paham ka dah kalau aku tak accept tu kira peluang untuk hangpa add aku adalah gagal ok..ulang sekali lagi GAGAL atau nak aku ulang patploh kali.

Kawan aku yang sorang ni plak pun tak kurang gigihnya dok pulun suggest kat kawan yang lain untuk add aku. Weyyy ape dah tak dok koje ke wei.

Ada satu kes tu memula budak..eh layak lagi ka hang di panggil budak sedangkan dah kawen pun. Ok la aku panggil kawan ja la. Masa aku dok belayaq kat fesbuk tetiba ada tanda warna merah yang macam lampu kat dada otoromen berkelip-kelip bila power dah kurang cuma beza dia tanda merah tu tak kelip la.

Aku klik terus la naik pic kawan tu dengan ayat yang lebih kurang kawan tu dicadangkan oleh member aku untuk aku add dia so atas budi bicara aku la nak add or ignore kan. Aktiviti wajib aku bila orang nak add aku, aku akan usyar2 fesbuk dia, usyar pic dia. Bila dah puas teliti minda aku plak akan bekerja untuk pikiaq nak accept or ignore. As a result aku memang ignore. Ingatkan dah abis sok aku belayaq lagi kat fesbuk, woi ada lagi nama kawan tu doh gigih nak add aku kali ni tanpa suggestion dari mana-mana pihak ok. kira dia berdiri ataih kaki sendiri. Aku ignore, 3 minit pastu, mak aiiii..dia add..huh bangangkan tak paham bahasa. Ok la aku kesian plus teruja dengan kegigihan yang ditunjukkan tu aku accept akhirnya.

Aku usyar lagi apa2 yang patut kat fesbuk dia, fine aku jumpa jawapan yang membuat dia berusaha keras seperti peserta2 ninja worrior yang nak dapat gelaran ninja tu. Jawapannya hasil dari kajian aku, maybe dia nak meramaikan koleksi kawan dalam senarai dia coz memang ramai pun, baru sign up kot tu yang sawan lebih.

Tetiba TING...muncul idea setan dalam kapla otak aku. Haaa...apa pendapat Ju (sebutan mesti ala2 Wardina ok) kalau aku delete ja kawan tu.Muhahahaha....sambil bergelak ketawa setan. Weii...aku buat weii..aku delete betul2..tapiiiii.....JEBONNNNNNN sungguh dalam masa tak sampai 5 minit dia add balik...huh dasar tak paham bahasa. Tapi camna dia boleh add aku dengan cepat? Ha..sebab masa tu dia memang tengah online.

Moral of the story sesapa yang nak add aku tapi agak kurang mahupun tidak pernah berkomunikasi dengan aku sila pikiaq 100 kali ok. Kalau tak pikiaq nanti sian wooo..kat aku nak kena ignore lebih dari sekali cam kes yang aku cerita ni. Samdol sangat.

Wednesday, June 9, 2010

Sawan

Gilakan dalam masa tak sampai sehari aku bley buat 4 entrikan.
Nak tau pasai apa?


Haa... ni la dipanggil sawan blog ok. Dia cam lebih kurang ibarat kera mendapat bunga.
Aku ka kera itu? Jawapannya sudah semestinya la tidak sebab aku orang, kera tu haiwan. Tu just perumpamaan ja.

Tunggula bila dah lama skit mesti jadi malas nk update kan...kan..kan..

Rejeki

Hari ni aku punya sinyum adak sampai tilinga wooooo.....

Motif nak senyum sampai telinga?

Jawapannya- Aku dapat 50 hinggit free. Kerani sekolah merangkap kawan seperkolahan aku, seperkolahan? ada ka ayat tu?.hentam ja la labu., telah dengan murah hatinya menghulur maaf zahir batin berserta angpow ijo kat aku.

Kawan: wei aku mai jumpa hang sat saja nak bagi ni.
(sambil menyelit kertas angpow dibawah timbunan kertas keja aku)

Aku: Eh..apa ni..tak yah la ...ni kira rasuah, mana bley.
(Muka cam ala2 terkejut baboon walhal memang dah tau pun isi dalam angpow tu, cuma jumlahnya masih lagi menjadi tanda tanya. ngeh..ngeh...ngeh...)

Kawan: Ambik la memang aku nak bagi pun. Depa yang sebelum ni jaga sekolah aku pun aku bagi gak. ( Sambil menyebut nama-nama yang pernah menerima anugerah angpow dari dia)

Aku: Mana bley wei...kalu Guru Besaq hang bagi aku amik la ni hang yang bagi...tak pa la...tak yah la...( masih dengan lakonan yang konon-kononnya malu+segan untuk menerima anugerah)

Adegan tolak menolak serta hulur menghulur tu akhir tamat bila aku dengan penuh rasa bersalah kononnya la terima anugerah tu, dengan mengunakan motto 'dah hang nak bagi sangat aku amik ja'.

Sekali aku bukak sampul angpow tu, WOW!!! aku terus dapat penyakit kejang hampir 15 saat.
Keadaan aku pada masa tu, mulut masih lagi muncung semuncung aku menyebut perkataan wow serta mata yang terpejam celik pejam celik. 50 hinggit tu. Bagi aku yang sedang dilanda kemarau ni memang satu jumlah yang agak besaq la...TQ KAWAN. YANG PENTING AKU TAK MINTA OK.

Samdol Sungguh

Weiiii....awat tulisan kat 1st entri aku tu kecik hah...ni mesti kena sabotaj.
HUH! samdol sungguh camna benda-benda small matter camni aku tak leh nak perasan.

Motif font aku kecik?

Terlalu taksub dan tergedik-gedik nak merealisasikan keinginan berblogging sampai terlepas pandang nak adjust saiz font.

Kesimpulan

Memang Samdol

Sibuk Ja

Orang lain berblogging, aku pun nakkkk gak berblogging. Sibuk ja kan? Padahal bendalah ni dah berkurun lama,aku ja yang memang tahap ketinggalan zaman. Bukan apa, aku punya tahap kemalasan ni boleh dikatakan tinggi la, mana nak perah otak segala cari idea nak karang sedangkan ilmu karang mengarang ni dah lama aku tinggalkan. Tapi tetiba ja rasa nak buat blog, haa....pasai pa plak. Ok la aku rasa cam nak senarai ja motif utama serta motif sampingan kewujudan blog aku ni.

  • 1st time baca blog green apple aku rasa cam best ja blog dia.
  • 2nd time baca aku mula rasa fall in love sama itu blog maaa.
  • 3rd time baca, wahhh memang hooo liau woooo....manyak siok ma..then aku mula terpikiaq why not aku berblogging .
  • Perasaan terhadap blog mula membuak-buak sampaikan kat opis aku langsung tak buat kija asyik dok blog walking, gila tau.
  • Akhirnya kini pasti, ku merasaiiiii (ni kena nyanyi ala2 kak nita ok) mempunyai blog sendiri

Maka dengan lafaz Bismillah aku secara auto rasminya merasmikan blog aku sajasukaka. Bolehhhh.....cam mengong ja