Aku ni plak pesyen perangai pelik skit, bukanlah pelik tahap alien. Perangai merangkap penyakit pelik aku ni adalah:-
Aku malas dan tak suka nak accept orang yang aku tak pernah cakap dan rapat masa zaman sekolah dolu-dolu. Ada yang sampai kat pat lima kali dok pulun add aku sedangkan aku pulak dengan penuh gigih dan tawaduk dok pulun ignore depa. Wei...hangpa tak paham ka dah kalau aku tak accept tu kira peluang untuk hangpa add aku adalah gagal ok..ulang sekali lagi GAGAL atau nak aku ulang patploh kali.
Kawan aku yang sorang ni plak pun tak kurang gigihnya dok pulun suggest kat kawan yang lain untuk add aku. Weyyy ape dah tak dok koje ke wei.
Ada satu kes tu memula budak..eh layak lagi ka hang di panggil budak sedangkan dah kawen pun. Ok la aku panggil kawan ja la. Masa aku dok belayaq kat fesbuk tetiba ada tanda warna merah yang macam lampu kat dada otoromen berkelip-kelip bila power dah kurang cuma beza dia tanda merah tu tak kelip la.
Aku klik terus la naik pic kawan tu dengan ayat yang lebih kurang kawan tu dicadangkan oleh member aku untuk aku add dia so atas budi bicara aku la nak add or ignore kan. Aktiviti wajib aku bila orang nak add aku, aku akan usyar2 fesbuk dia, usyar pic dia. Bila dah puas teliti minda aku plak akan bekerja untuk pikiaq nak accept or ignore. As a result aku memang ignore. Ingatkan dah abis sok aku belayaq lagi kat fesbuk, woi ada lagi nama kawan tu doh gigih nak add aku kali ni tanpa suggestion dari mana-mana pihak ok. kira dia berdiri ataih kaki sendiri. Aku ignore, 3 minit pastu, mak aiiii..dia add..huh bangangkan tak paham bahasa. Ok la aku kesian plus teruja dengan kegigihan yang ditunjukkan tu aku accept akhirnya.
Aku usyar lagi apa2 yang patut kat fesbuk dia, fine aku jumpa jawapan yang membuat dia berusaha keras seperti peserta2 ninja worrior yang nak dapat gelaran ninja tu. Jawapannya hasil dari kajian aku, maybe dia nak meramaikan koleksi kawan dalam senarai dia coz memang ramai pun, baru sign up kot tu yang sawan lebih.
Tetiba TING...muncul idea setan dalam kapla otak aku. Haaa...apa pendapat Ju (sebutan mesti ala2 Wardina ok) kalau aku delete ja kawan tu.Muhahahaha....sambil bergelak ketawa setan. Weii...aku buat weii..aku delete betul2..tapiiiii.....JEBONNNNNNN sungguh dalam masa tak sampai 5 minit dia add balik...huh dasar tak paham bahasa. Tapi camna dia boleh add aku dengan cepat? Ha..sebab masa tu dia memang tengah online.
Moral of the story sesapa yang nak add aku tapi agak kurang mahupun tidak pernah berkomunikasi dengan aku sila pikiaq 100 kali ok. Kalau tak pikiaq nanti sian wooo..kat aku nak kena ignore lebih dari sekali cam kes yang aku cerita ni. Samdol sangat.
No comments:
Post a Comment