Hari ni hari boring aku sebab aku rasa boring sebab aku kena tinggal kat rumah ngan anak aku. incik suami sekarang sedang berhuha huha sambil menyepak bola takraw di Taiping. Bolehhhhh!!!! tinggalkan aku dengan anak terkulat-kulat, terkebil-kebil kat rumah.
Tapi incik suami terer, kelmarin sehari suntuk bawa aku ngan anak jejln, pepagi lagi kluaq rumah pi Tanjung lepak sat rumah famili aku. Pastu zass, berjimba-jimba plak balik rumah kat Perda, amik nafas barang dua jam lepak kat umah. Tetiba... zasss... tembak Sg. Petani plak. Lepak-lepak Swiss Garden sembang-sembang, borak-borak, angguk-angguk, geleng-geleng, jam dah pukul 7.30 malam. Anak aku punya tahap aktif kat Swiss Garden tu toksah cakap la.
Ada ka patut hotel yang sedia memanjang terpasang aircond doplohpat jam dia boleh bukak baju pi dok tayang body yang ala-ala papan plywood. Lain la kalau badan hang cam ahli gusti sumo aku tak la heran sangat coz maybe hang tak kan rasa sejuk sebab tahap lemak pada badan amatla banyak ok untuk memanaskan badan hang.
Sampaikan staf hotel tu boleh kata kat aku, " Anak kak ni bagus la, tak pernah lagi kami tengok budak bukak baju selamba dok melompat main dalam aircond ni." Aku hanya mampu menyedekahkan senyum ja mendengar ulasan staf hotel tu.
Keluaq dari hotel singgah Radix Fried Chicken. 1st time aku makan RFC ni before this asyik mentekedarah KFC ja. Maklum la mana ada RFC kat penang ni. Seriyes boleh tahan gak rasa dia. Mulut aku masa makan dan mengunyah ayam dia rasa cam sejibik KFC cuma kentang putaq dia ja rasa tak sejibik. Kira ok la.
Anak aku bedal nugget 6 ketul...habis siot, ni kompom kes lapaq. Samapi rumah lebih kurang 9 malam. Pagi ni kena tinggal. Takpa hidup mesti diteruskan, aku bawa anak aku pi lepak Kapitan pekena capati. Anak aku cam biasa makanan peberet dia tosai. pelik aku, pagi malam pagi malam hang mencekik tosai tak jemu ka? Lantakla janji dia makan perut kenyang jangan tak makan pastu kebuloq dah la.
Tengah makan handphone blueberry hasil dari belian incik suami untuk aku berbunyi. Mak aku call tanya ada kat mana depa semua otw nak mai rumah. " APA!!!!!!!!dengan lantangnya aku menjerit, ala rumah orang semak la tak sempat kemas lagi, terus bawak Imran makan dulu,"(pekikan tersebut hanya mampu aku luahkan dalam hati ja).
Aku apa lagi, zass suap makan kat Imran cepat-cepat, bayar bil cepat-cepat, keluaq kedai cepat-cepat, start enjin keta cepat-cepat, drive pun kena pecut sikit kasi cepat-cepat sampai rumah,
kasi kemas itu rumah cepat-cepat. Huh semua kena cepat wooo....coz masa mak aku kata nak mai umah tu depa memang dah dekat sangat dengan area rumah aku.
Elok ja aku bentangkan carpet hasil dari kerja tangan terakhir, maka terdengarlah ketukan pintu bertalu-talu, dah sampai rupanya. Fuhhhh, dalam hati aku berkata, "nasib sempat". Depa tak dok lama mana pun, tak sampai setengah jam rasa cam tak berbaloi ja aku dok pulun cepat makan, cepat bayaq, cepat balik rumah, cepat kemas rumah, muahahaha...buruk kan perangai aku.
Pak aku ajaq pi market Kubang Semang, aku follow ja, balik market kami singgah makan tapi aku tak makanla coz aku baru ja lepas pekena capati. Kalau aku makan sat gi nampak cam buruk lantak pulak kan dan tak pasal-pasal badan aku akan membesar bagai johan semula. Sedangkan atas usaha gigih aku menjaga diet pemakanan serta hasil sokongan wang ehsan dari incik suami aku telah berjaya mengecilkan saiz badan aku yang dulunya membesar bagaikan johan.
Aku kalau boleh tak mau la dapat habuan extravaganza dari incik suami, nanti mula la dia dok nyanyi, sajak dan syair bagai konon-konon berhempas pulas invenst dalam saham mengecilkan body aku ni dan aku pulak dok pulun makan tak hingat kan.
Lepas makan depa hantaq aku balik rumah, maka tinggallah aku berdua beranak bersama Imran dalam kesunyian dan keboringan tanpa kehadiran incik suami yakni abah kepada Imran kerana incik suami tengah berjuang bermain sepak takraw iaitu sukan kegilaannya sejak dari zaman remaja lagi.
Nota kakiayam: Harap-harap Incik suami menang la dalam game kat Taiping nanti boleh bawa balik hadiah kalau tak menang, huh...dapat penat ja la bang hang dok pulun sepak, servis dan ada masanya hang dapat tergolek dog akibat dari tersasar servise bola. Nanti ada masa aku nak story mory pasal sukan fanatik incik suami plak.