Last Sunday aku telah diserang hendap oleh satu penyakit yang dikenali sebagai kencing tak lawas. Nama saintifiknya dalam dunia perubatan moden adalah tidak diketahui. Sebab musabab tak diketahui? Adalah malas nak google ok. Tak suka tau, suka-suki ja nak serang-serang hendap orang.
Aku sendiri masih lagi samar-samar mencari punca mahupun modus operandi serangan tersebut dalam dok elok2 tu, tup-tup bangkit tidoq ja pagi ahad tu time terkucil, adalah amat sedikit isipadu mililiter bahan buanganku dan amatlah tidak puas ok. Ketidakpuasan kucil tersebut bercampur baur dengan rasa yang AMAT (bukan Amat pomen motosikal mahupun kereta) senak, sakit ngilu hingga mampu membuatkan aku mengalirkan ayaq mata tanpa bantuan habuk mahupun EYEMORE.
Justeru, tidak syak lagi bahawasanya pundi2 kencing kesayanganku telah diserang hendap oleh penyakit kencing tak lawas yang tanpa segan silunya menyerang aku tanpa diundang mahupun dialu-alukan .
Serius wey, penyakit tu telah menjadikan aku seorang pelawat tegar toilet rumah aku. Setiap kali keluar dari toilet aku mesti emo, sedih, touching tak tentu hala menitis ayaq mata. Haram zade!!!!! Sakit la....jebon sungguh. Dah tu kalu dia terasa nak terkucil memang tak reti nak sabaq tunggu sampai aku masuk toilet dulu baru nak meleleh. Ini tak elok sampai depan pintu toilet ja tak dan aku nak langkah masuk dah meleleh dalam seluaq, bangsat sangat. Anak aku sendiri pun tak perangai camni kencing berteraboq.
Hari tu saja dah berhelai-helai seluaq dan kain aku terpaksa tukaq akibat dari penangan penyakit ni yang tak menyempat nak tunggu aku masuk toilet asyik termeleleh dalam seluaq ngan kain ja. Seksa wooo...kalu kencing tak bleh kawal dah hazab hang nak tukaq seluaq satu hal, tu kira agak boleh diterima lagi la tapi satu hazab yang maha berat seberat timbangan 50 ekor gajah adalah hazab sakit atau ngilu akibat lelehan yang amat sikit ja keluaq tu.
Tapi aku walaupun pada masa tu terasa macam warga emas sebab kencing yang tak bleh dikawal tu tetap juga nak ikut incik suami berpeleseran ngan anak ok. Masa tu lepas ja aktiviti berpeleseran tamat, incik suami telah membuat satu usul yang memang belum diperdebatkan lagi di Dewan Rakyat.
“Singgah rumah mak sat” usul incik suami. “Ok tapi singgah rumah kita dulu nak amik baju yang beli kat Ziyad (anak sedara)” aku mengarah.
Incik suami parked keta kat depan rumah, aku terus dengan agenda aku mengambil baju. Elok ja masuk dalam rumah aku terpandang fries incik suami yang dibeli tengahari tadi belum tersentuh. Zass...aku capai bungkusan tu, makan sambil jalan masuk ke dalam bilik untuk ambil baju. Buruk perangaikan makan sambil jalan.
Tetiba, huh bangsat!!!!dia mai dah rasa nak terkucil. Sempat gak la aku membuat beberapa tarian klasik dan moden bagi tujuan menahan lelehan yang tak diundang tersebut sambil sebelah tangan memegang bungkusan fries dan sebelah tangan lagi bagoih dok sumbat fries dalam mulut.
Dan akhirnya tarian yang aku gayakan hasil dari menonton Sehati Berdansa tidak mampu dari menahan diri aku untuk ke toilet bagi melunaskan hajat. Maka berceceranlah ayaq kencingku dalam bilik bersama lelehan ayaq mata akibat perit kesakitan.
Haram sungguh, tak ka bagi keja tambahan kat aku lagi nak mop bilik sedangkan incik suami dok tunggu kat luaq. Samdol tau. Lepas menjawat jawatan cleaner, aku pun keluaq, kunci pintu, terus masuk dalam keta.
“Abang tau tak pasai pa orang lambat?” tanpa sempat menunggu jawapan, aku sendiri menjawabnya. “Orang terkencing dalam seluaq kat dalam bilik la, habis berteraboq dalam bilik”.
“Hang ni cam orang tua2 plak kencing teraboq tak leh kawal, padahal umoq muda lagi, orang tua pun tak sampai la tahap cam hang ni”. Wah...wahhh...wahhh ayat kalau nak kondem aku nombor satukan.
“Ehhh...mana ada orang suka2 kencing teraboq ok, dah tak leh kawal nak buat camna, apa ingat suka la tu kencing tak lawas pastu nak meleleh tanpa dapat dikawal?” menyampah tau. Takpa satu hari nanti bila penyakit ni hinggap kat incik suami barula hang tau camna hazabnya.
Nota kakiayam: Mak aku bagi petua dulu2, dia kata kalau kencing tal lawas amik golok panaskan ataih api pastu kencing atas golok yang tengah panas tu. Tapi AWAS!!! janganlah jadi tahap bodoh piang pi pijak golok panas tu plak sat gi yang sakit bukan bertambah baik, bertambah parah ada ok.
haiiiiyooo....selalunya kencing tak lawas ni berpotensi dapat penyakit batu karang....yang aku heran si 'aku' ni tak pi kelinik ka..takut aku aihh....hee hee
ReplyDelete