Kelmarin, pepagi buta seawal 6.30 pagi, aku kluaq rumah ngan Imran. Tujuan kluaq awal adalah sebab nak hantar Imran ke rumah Pak aku coz dah lama dia tak ke sana. Selalunya Imran, tugas menjaga Imran, adalah mengikut jadual berkala yang telah dirancang oleh aku, seminggu Imran akan tinggal bermalam di rumah Pak aku dan seminggu lagi dengan aku. Waktu kerja Imran akan di pass by kat mertua aku la.
Tujuan aku buat camni sebab kesian kat Makpak aku coz before this aku stayed kat area Tanjung dekat umah Makpak aku Imran memang 24 hours ngan depa la. Almost 2 years jugak la Imran ngan depa, tup tup tetiba pertengahan tahun lepas aku bersama ngan Incik suami secara berduetnya telah berpindah ke rumah sendiri di Bandar Perda.
Biasala masa pindah tu adalah jugak scene gambaq hindustan yang dok meleleh ayaq mata macamla tak balik mai dah lepas ni. Bila aku kenang balik rasa macam, BODOHHHHHHNYAaaa. Bilamana suasana rumah yang sebelum ni amatla hingar sehingar jualan lelong murah dengan pekikan dan hilai tawa tak ketinggalan juga tangisan Imran, secara automatiknya menjadi sepi umpama dilanggar garuda, yang tinggal anak sedara aku Izzah yang masa tu masih teramat kecik lagi dan tidak mampu untuk berkata-kata lagi.
Atas dasar sikap prihatin yang amat menebal aku pun mewujudkan jadual berkala seperti yang telah aku nyatakan. Pagi ni masa tengah berhempas pulas membuat kerja di ofis, aku teringat Imran. Tanpa fikir panjang, aku terus call Pak aku untuk meminta laporan Imran di sana. Baiklah kita berlintas langsung di sana.
Aku : Alooooyaaaa....pak Imran buat apa? (satu mukadimah yang amat menyejukkan hati ok tanpa salam. biadapkan.
Pak : Ada dia dok tengok TV.
Tetiba
Imran : Alo, sapa ni?
Aku : Ni umi la. abang buat apa tu (Abang adalah panggilan untuk Imran atas permintaannya sendiri bukan aku yang galak nak panggil pun, ni mesti kes berangan nak adik, tak pa akan diusahakan)
Imran : Abang tengok hagemaru, dia mandi kolam. Umi, abang nak mandi kolam?
Aku : Ooo..tengok hagemaru, ok nanti kita pi mandi kolam ok. Abang dah makan?
Imran : Abang dah makan, Wan bagi abang makan. Wan bawa abang naik gukguk.
(Gukguk sejenis permaian yang ada di supermarket yang memerlukan anda menabung sebanyak 5 kupang ke singgit. Apabila duit disimpan ke dalam tabung permainan tersebut, hasilnya permainan tersebut akan bergerak setempat sambil diiringi dengan muzik kanak2. Ada paham)
Umi : Abang rindu kat umi tak?
Imran : Rindula. suasana hening untuk lima saat. Imran bersuara semula, umi abang nangisla.
Aku tetiba dihimpit rasa bersalah yang amat menggunung setinggi Gunung Kinabalu kerana berjaya membuat anak aku yang berusia 3 tahun emo.
Pak : Alo...dia kata dia rindu kat hang, pastu mata dia terkelip-kelip terus menangis.
Aku : Oh...ok la Pak.
Sebelum aku kena kapak akibat meng emo kan Imran baik aku minta diri.
Nota kakiayam : Tak sangka anak aku pun boleh touching dengan perkataan rindu. Salah cakapkah aku atau aku yang tak tau cara nak berkomunikasi dengan anak hidup berjauhan dari ibubapanya.
hiyyy.....sedihnya aku ceta ni...rasa aku anak si 'aku' ni memang rindukan ibu dia...ish3x...
ReplyDelete